MEFA

Thursday 13 September 2012

Peraduan Impian Perkahwinan Edisi Ke-II MEFA sudah BERMULA


Sebelum Baca Info Lanjut, Mari tengok simple video peraduan. (mana tahu ada tips)



Terima Kasih kerana mengikuti perkembangan MEFA. Selamat Datang ke Peraduan Impian Perkahwinan Edisi ke-II dibawa khas oleh MEFA.



TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Terbuka Kepada Bakal-Bakal Pengantin yang akan berkahwin pada Jun 2013 sehingga Jun 2014
-Jika tarikh belum buat keputusan, anda masih boleh tentukan tarikh wedding anda paling lewat pada 1 disember 2012 (semasa pertandingan berlangsung).
-Andai kata anda belum dapat menentukan lagi tarikh wedding anda semasa tarikh yang ditetapkan diatas, penyertaan anda dibatalkan secara automatik.
-Perubahan tarikh selepas memenangi hadiah tidak dibenarkan kecuali penaja bersetuju

      2.Terbuka kepada Bakal-Bakal Pengantin yang akan "melangsungkan perkahwinan di Lembah Klang” sahaja
-Peserta perlu memaklumkan secara terperinci lokasi wedding anda, jika masih dalam perbincangan, anda boleh meletakan Bandar sahaja dahulu di ruang pendaftaran.
-Pemenang yang request wedding anda diluar lembah klang secara automatik dibatalkan kemenangan hadiah kecuali penaja bersetuju.
-Peserta diluar lembah klang perlu memaklumkan kepada penganjur jika anda berkahwin di luar lembah klang semasa pendaftaran kerana, hadiah seperti kad kahwin dan cenderamata masih boleh dimenangi jika ia tidak melibatkan kos penghantaran kecuali melibatkan kos penghantaran,penaja berhak mengenakan kadar caj

 3. Berumur 18 Tahun dan keatas

4. Mempunyai akaun personal facebook, internet dan alamat email

5. Peserta perlu menghantar butir peribadi yang diperlukan dengan lengkap kepada email seperti info di bawah. (maklumat anda menjadi hak milik penganjur untuk tujuan promosi)

6. Peserta perlu hadir di event Malaysia Wedding Festival (MEFA) pada 22 Disember 2012 untuk pengumuman dan penyampaian hadiah 

7. Pertandingan akan bermula mulai 8 Oktober sehingga 21  Disember 2012 secara online melalui facebook,blog dan rangkai internet sahaja kecuali jika diperlukan semasa event kami akan datang tetapi secara keseluruhan tugas akan dilakukan melalui FACEBOOK sahaja
- Di dalam jangka masa tersebut, peserta akan diberi tugas setiap minggu melalui email, maksudnya hanya peserta dan penganjur sahaja tahu akan tugas yang perlu dilakukan.
-JANGAN RISAU, anda akan DIINGATKAN oleh ADMIN MEFA melalui SMS sehari sebelum tugas perlu dilaksanakan jika anda tidak melihat email CUMA tugas anda secara lanjut akan diberikan di email anda daftar sahaja. (maknanya kena tengok email la selepas nie setiap minggu untuk menang hadiah)
-Pemenang akan dikira melalui JUMLAH MARKAH setiap tugas yang dilakukan dari mula hingga tamat untuk dikumpulkan dan markah paling tinggi dikira pemenang.
-Andai kata salah seorang peserta tidak dapat melakukan atau membuat tugas yang diberi,peserta masih boleh meneruskan pertandingan tetapi perbezaan markah sahaja akan menghalang anda untuk memenangi, contohnya pada minggu ke-4 anda tidak dapat melakukan tugas tersebut, maknanya markah pada minggu tersebut anda tidak akan perolehi tetapi penyertaan tidak akan terbatal
-Jika terdapat keputusan yang sama atau seri, pihak penganjur berhak membuat tugasan tambahan bagi menentukan pemenang

8.  Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan CARA KOTOR atau PENIPUAN untuk menjalankan tugas dan pihak penganjur akan mengadili segala tugas anda setiap minggu (andaikata terdapat secara tidak dibenarkan, penganjur berhak menegur atau membatalkan penyertaan anda)

9. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang rangkaian application secara automatik dalam menjalankan tugas (pihak admin boleh detect jika peserta menggunakan application)

10. Peserta WAJIB menjadi rakan kepada user facebook MEFA (email fb:malaysiaweddingfestival@gmail.com) dan LIKE terlebih dahulu fan page facebook.com/mefaevent kerana setiap task akan diadili secara telus dan mudah. 

11. Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta akan diadili markah mengikut tugasan yang diberi sahaja dan tugasan diluar yang tidak ada kene mengena dengan yang diberi tidak akan diberi apa-apa markah tambahan kecuali butir penyertaan pada permulaan 

12. Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah seperti dibawah dan tambahan hadiah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa 

13. Hadiah tidak boleh ditukarkan kepada wang ringgit 

14. Pemenang tidak berhak menukar hadiah kemenangan kepada individu lain 

15. Semua penyertaan perlu menghantar butir penyertaan yang diperlukan seperti di bawah kepada email iaitu mefacontest@gmail.com 

PEMENANG PERTANDINGAN IMPIAN PERKAHWINAN EDISI KE-II AKAN MENERIMA:



HADIAH UTAMA:

-Sepasang Busana Perkahwinan L&P Tajaan Busana J&Z

-Pelamin 3 Panel Tajaan Suri Weddings

-Pakej Fotografi nikah + sanding Tajaan Fahizal Fotografi

-Kad Kahwin berjumlah 500 keping Tajaan Kad Kahwin Raja Sehari

-9 Dulang Hantaran Tajaan Persada Embun Malaysia
-7 Dulang Hantaran Tajaan KL Wedding Ministry
-Cenderahati perkahwinan untuk 500pax Tajaan CT Handicraft
- Pakej Video Perkahwinan Tajaan Feel Motion Pictures
- Penginapan 2 Hari 1 Malam di Hotel Bluewave Shah Alam

HADIAH SAGUHATI:
Tempat Kedua - Pakej Videografi nikah+sanding Tajaan Pelangi Putih Films
Tempat Ketiga – Pakej Fotografi Tajaan Ohhoo Studio
Tempat Keempat – 500 Kad Kahwin Tajaan Seri Sireh Avenue

*tambahan hadiah bergantung kepada penaja

HANTARKAN PENYERTAAN ANDA KE EMAIL BERIKUT: mefacontest@gmail.com

SUBJEK: Saya Ingin Sertai Peraduan Impian Perkahwinan Edisi Ke-II MEFA

*file attached
Ruang menaip, beri kami info anda seperti dibawah (hanya send apa yang diperlukan huruf besar sahaja)

NAMA:
UMUR:
EMAIL:
EMAIL FACEBOOK:
NO. H/P:
NAMA PASANGAN:
UMUR PASANGAN:
TARIKH PERKAHWINAN: (boleh nyatakan bulan dan tahun jika belum conform date)
LOKASI PERKAHWINAN: (1 pihak sahaja jika anda ingin gunakan hadiah kemenangan)
TEMA PERKAHWINAN:
NYATAKAN PERKAHWINAN IDAMAN ANDA: (tidak melebihi 30 ayat)
*sertakan gambar anda bersama pasangan dengan size sekurang-kurangnya 100kb

-Sila copy dan paste ayat dibawah ini dan serta bersama butir peribadi seperti di atas bersama
-Isikan juga ruang kosong yang disediakan

Saya …………(nama penuh anda)………………………….. seperti butir peribadi diatas bertarikh pada ………(tarikh anda email)………………..bersetuju menyertai Pertandingan Impian Perkahwinan Edisi Ke-II MEFA dengan syarat-syarat yang disertakan di blog MEFA. Saya tidak akan meminta apa-apa ganti rugi atau pertukaran wang tunai seperti yang dinyatakan di dalam syarat pertandingan jika memenangi.


Contoh email:

Subject: Saya Ingin Sertai Peraduan Impian Perkahwinan Edisi Ke-II MEFA

NAMA: ALI BIN AHMAD
UMUR: 25
EMAIL: ali@ahmad.com
EMAIL FACEBOOK: ali@ahmad.com
NO. H/P: 015-1234567
NAMA PASANGAN: AMINAH BINTI ABU
UMUR PASANGAN: 20
TARIKH PERKAHWINAN: 20 DISEMBER 2013
LOKASI PERKAHWINAN: DEWAN MBSA SEKSYEN 11
TEMA PERKAHWINAN: ENGLISH GARDEN
NYATAKAN PERKAHWINAN IDAMAN ANDA: SAYA MENGIDAM NAK KAHWIN FREE TAJAAN MEFA


Saya ALI BIN AHMAD seperti butir peribadi diatas bertarikh pada  14/9/2012 bersetuju menyertai Pertandingan Impian Perkahwinan Edisi Ke-II MEFA dengan syarat-syarat yang disertakan di blog MEFA. Saya tidak akan meminta apa-apa ganti rugi atau pertukaran wang tunai seperti yang dinyatakan di dalam syarat pertandingan jika memenangi.


*CEPAT!!! PENYERTAAN DIBUKA KEPADA 20 PESERTA SAHAJA (TAMBAHAN BERGANTUNG KEPADA PENGANJUR DARI SEMASA KE SEMASA)
*TARIKH TAMAT PENDAFTARAN ADALAH 30 SEPTEMBER 2012.

Selamat Berjaya Kepada Semua