Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding
Festival (MEFA) akan kembali menanti semua bakal-bakal pengantin pada 12-14 Mei
2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC).
Penganjuran kali ke-16 oleh Mefa Events pasti dinantikan kerana tawaran
sehingga 70% diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja
dari 10 pagi hingga 9 malam.
Festival pengantin ini merupakan kemudahan kepada
bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan
pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik
pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi.
Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari
pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan
seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100
tapak promosi.
Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan
setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal
pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu,
gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurang-kurangkan coklat. Yang
penting, setiap tempahan wajib dapat hadiah.
Jika anda berminat melihat pertunjukan fesyen, pertandingan
makeup artist, jangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan
tersebut pada hari sabtu dan ahad.
Instagram: MEFAPENGANTIN
Facebook: Malaysia Wedding Festival(MEFA)
Web: www.mefa.my
Contact: 012-3871775
No comments:
Post a Comment